23 May 2011

Kek Aiskrim

percubaan pertama buat kek aiskrim atas permintaan.. mula2 agak risau jugak nk buat.. coz takot aiskrim tu xjd.. tambahan kek nk dihantar jauh.. takot cair di pertengahan jalan.. tp alhamdulillah.. selamat smpai dan selamat dimakan kek tuh..(menurut tukang order la)resepi diambil dr my resepi.. tp xdpt tgk belahan tengah kek la ye.. myb next time nk buat tok mkn sendiri.. nk tgk rupa sebenar kek nih..


kek aiskrim with coklat ganache..

Kek Aiskrim
sumber : zana
Bahan-bahan ( sekeluarga )

* BAHAN KEK SPAN*
* 375 gm Tepung Span Mix
* 75 gm Air atau Susu Segar
* 375 gm Telur
* 1 sudu teh Perasa Vanila
* 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
* BAHAN AIS-KRIM*
* 3 Biji Telur Kuning
* 150 gm Susu Segar
* 30 gm Gula Kastor
* 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
* 300 gm Fresh Cream

Cara-cara

1. CARA BUAT KEK SPAN*
2. Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
3. Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
4. Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.

5. CARA BUAT AIS-KRIM*
6. Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
7. Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
8. Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.

9. CARA NAK BENTUKKAN KEK*
10. Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
11.
P1010147
Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
12.
P1010148
Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau

oreo cheese cake

terima kasih pada suhana yg sudi order..

4 comments:

izahdaut said...

cantiknya kek.. tak berani nak buat dua dua kek ni. memang tak pernah buat lagi.. pandai la mendeco. suke tengok..

aLoY said...

k.izah : br blaja kak.. tp oreo cis kek tu senang jer kak.. dijamin sedap.. kek aiskrim pon same sedap.. tp leceh mase nk mendeco.. kene keluar masuk dr peti beku..

cik cek said...

Rasa2 cam nak try je buat....kek cantikkkk...rasanya mesti sedap ni kan...:)

aLoY said...

cik cek :
tq kakak.. org br blaja kene deco yg simple jer.. buat la kek ni.. oreo cis kek da mmg sedap la kan.. kek aiskrim pon sedap..