22 June 2011

Caramel Cheese Puding

caramel cheese puding.. versi menghabiskan stok cheese dlm esbok.. jom layan resepi dr myr nih.. buat tok mkn berdua... lame da xde pencuci mulut dlm esbok tu.. smpai hubby dok perli2 bila la nk buat kek tok die pulak.. asyik buat tok org jer.. hehehe



Caramel Cheese Puding
sumber : Yani @ MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

6 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

mak aihhhhhh!! Baca tajuk jer dah taw sedapppppp..

ady said...

as-salam
ady datang lagi ni.......menggoda kalbu caramel cheese puding tu..dah tentu sedap ni..i like this resepi can try to do it one day..tq

aLoY said...

sari : kalo da cheese mmg sedap kak. heh

ady : tq rajin singgah sini.. cuba la nti.

Nieza said...

wahhh sedapnya caramel ni...terliur sudah...hehe btw salam kunjung balas dr saya.tq sudi singgah my blog...saya follow juga:)

CT Delima said...

As'salam Aloy

sedapnyaaaaa... lama tak buat ni. sesuai denagn cita rasa kak ct okey. rajinnya sukalah bila tengok teman2 ni suka memasak :D

aLoY said...

nieza : tq sudi dtg singgah.

ct : tu la kak.. seronok kan berkongsi2 resepi ni..