23 June 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies

edisi kedua abeskan stok cheese.. kalo org lain buat kek nih ikot perkembangan terkini. tp ak ikot suka ak jer kan.. heheh.. mane2 latest resepi tu sume msk lam list dulu.. nk buat nyer tah bila la plak.. kali ni buat red velvet.. coz nmpk mcm menarik jer..

cara nk buat nyer mcm simple.. tp masih ok lg.. bila da siap lorek tgk lain mcm plak lorekkan tu.. bila da telek br tau tang mana silap.. ak lorek btol2 ikot acuan loyang tuh.. so die nmpk xbape nk menarik.. ptt nyer senget dr loyang.. br cantik.. tp xpe la.. jumaat ni ader org tempah tok kek nih.. kene buat lorek menyenget la makna nye.. br cantik.. pape pon tq pd tuan empunya resepi.


Red Velvet Marble Cheese Brownies
by ilhamdapur.blogspot
source : K.Maz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese
Cara:

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Catatan dari Maz : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat. (ak pon tok cheese guna api bwh jer -bain marie)

3 comments:

ady said...

as-salam
wahhh..cantik nye red Velvet marble cheese bownies ni..tak tahu pulak ada red velvet cheese bownies..

CT Delima said...

As'salam Aloy

orang dah merata2 buat RVC ni. kak ct buat 1/2 adunan pun cuma nak merasa jer. tu pun buat dalam muffin cup...hihihi. tr kasih untuk Aloy berkingsi resipi ni ya.

aLoY said...

ady : tq.. tu pon slh teknik lorekan tuh.. bila potong jg xnmpk lorekan tu..

CT : ni pon kes nk abeskan cheese kak.. lama da berkenan. br ni dpt buat..