12 June 2014

Bali Part II

Part II aka hari kedua kami di Bali.. utk hari kedua ni ak da beli pakej kt groupon.. harga die lebih kurang RM 90 sorg... masa beli xbuat survey semua tu.. bila dah sampai kat sana baru tau pakej tu mahal harganya. kami janji dgn tour agent pukul 9 pg... sarapan di hotel je. ada pilihan nasi dgn lauk, roti dan coco crunch.. 

bertolak dari hotel on time. tapi mula2 aku dah geram dengan agent ni. bole plak die tanya kami nak pergi ke semua tempat dalam itinery... dah tentu la kami nak pergi semua tempat.. kalo x buat apa kami bayar.. kami booking tanah lot tapi die bole pulak nak tukar itinery ke kintamani. last2 kami bertegas nak ke tanah lot baru la die diam... btw tour guide kami ni perempuan ye... 

tempat pertama kami singgah adalah pusat batik @Sari Amerta.. ada demo canting batik dan tempat menjual produk batik ni.. tapi harga tersangatla mahal.. makanya kami cuci mata je la dalam kedai tu..


  selepas itu kami ke windhusari art art market di ubud. yang ni xsempat amek gmbr.. pusing2 kedai survey harga... ada jugak yang murahnya... kat sini kami amek masa dalam 15 minit jer.. lepastu kami ke tempat Nadia pembuatan perak.. kat sini dorg terangkan serba sedikit pembuatan perak. bagi peminat perak mmg macam2 jenis produk dari perak ada di jual. 

kemudian kami bergerak ke tempat kopi luwak di Teba Sari... mmg ditunjuk betul najis musang yang makan biji kopi tu.. dekat sini bukan produk kopi luwak je ada dijual.. ada bermacam2 jenis kopi dan teh ada dijual...



 gambar2 kat atas tu adalah tahi musang.. TG kami tunjuk demo mcm mana dorg buang kulit dr najis tu utk dptkan biji kopi...


 ini ada 15 jenis air kopi dan teh. free tester..

 yang ni pulak produk yang ada di teba sari

 di teba sari kami amek masa yang lama sikit. sebab suasana kampung dia buatkan kami syok utk melepak lama.. dengan iringan muzik bali mmg betul2 mendamaikan.. tempat seterusnya kami dibawa ke artdecorative.. tapi kat sini memang kami pangkah. painting dia semua mahal giler... layan pon macam nak tak nak.. makanya xsampi pon 10 minit kami disitu terus kami keluar...


 dari semar kuning kami dibawa makan tengahari. menu nye itik goreng. aku xberapa nak makan itik ni. dalam pinggan ni ada lauk sate ikan, sayur. bawah itik tu ada isi ikan dibalut daun pisang rasanya macam otak2..



 dah kenyang makan kami bertolak ke Tanah Lot.. perjalanan agak jauh.. aku sempat tidur dalam kereta... malas nak melayan TG yang loya buruk tu... hehehe.. sampai di tanah lot cuaca memang panas gile.. tapi ramai pulak tu umat manusia... 

 ni travel agent yang aku guna groupon tu.. kalo next time datang Bali memang tak amek lagi da Diaroma ni.. sebabnya TG die yang xbest tu.. masa booking mmg mudah berurusan dengan dorang ni. cuma servis die bagi ak xberapa memuaskan...

 balik dari Tanah Lot kami minta TG turunkan kami di area Kuta. sebab nye kami nak berjalan ke Pantai Kuta layan sunset... mmg cantik sunset kt sini.. tapi... da nak malam mcm ni pon umat manusia punya la ramai...


 lepas layan sunset kami pulang ke hotel untuk mandi dan bersiap makan malam.. kami dah janji dengan supir yang ambil kami di airport. tempat pilihan di Jimbaran.. memamg sepanjang pantai ni banyak kedai makan seafood.. supir bawa kami di kedai Roda's Bali Cafe... makanan die memang sedap semuanya.. kami order sotong goreng tepung dan sotong butter. udang n ikan bakar. memang puas hati rasanya. makan untuk 4 orang bagi menu tu semua harganya RM 180.. (gambar makanan xde dlm simpanan ak. semua gmbr ni guna henpon ak je)


lepas kekenyangan makan kami layan live band di hard rock cafe... xramai yang layan live band ni. dorg tertumpu di area yang banyak pub. kalo lalu area situ mmg happening semua bar penuh dengan umat... kalau dah terlebih kenyang mata sememang nya akan cepat mengantuk la.. kami lepak di hard rock sejam lepas tu balik hotel tido.. plan untuk esoknya belum dirancang kerana supir sambut hari raya...

......bersambung part III............

No comments: