Setelah sekian lama tertangguh entri ni... makanya ak ringkaskan sahaja cerita hari ke 3 kami di Bali. Disebabkan xsabar nk menulis entri baru trip kami ke Tawau - Kota Kinabalu. hari ke 3 kami decide untuk lakukan sukan air.. yg betul ak bersemangat nk buat water rafting.. tp disebabkan pak supir salah dengar.. makanya bertukar ke acara seawalk.. bole tahan gak harganya RM180 seorg.. kalo nk tukang amek gmbr ke tmbh rm80 ye..
selepas kami buat aktiviti air kami pulang ke kuta.. makan di ayam betutu.. kata nya tempat ni femes dan ada sijil halal indonesia.
ada dua jenis betutu.. goreng dan berkuah
lepas makan kami ke pasar sukawati untuk bersoping.. mmg abeskan masa kt sini smpai lewat petang.. souvenier dan gambar murah kt sini.. boleh mintak kurang ye smpai 50% ye... bergantung pd skill mintak kurang tu...
abes soping kami terapi diri.. berurut style bali di Griya Bugar ni..
mkn malam pula simple je. sbb da kepenatan.. pekena bakso bali.. sedap jugak.
abes mkn kami pulang tido.. simpan tenaga untuk esk harinya.. hari ke 4 kami tanpa supir kerana bali menyambut hari Galungan bagi penganut hindu mengikut kalendar bali.
keesokan hari kami sewa moto dihotel je.. mula2 kami pusing disekitar kuta beach sementara kenalan baru kami nk bawa ke kami ke uluwatu.. mmg syok sekali sekala holiday tmpt org ni bw moto.. jgn risau ye.. mmg selamat bw moto kt sni. kami perempuan pon ok jer merayap jejauh tu.
selesai tgk sunset di uluwatu kami ke jimbaran.. nk mkn seafood untuk mlm terakhir di bali ni.. kali ni pilih kedai lain plak dr 2nd day aritu.. makanan kt sini pon sedap. siap ad persembahan tarian lagi..
hari terakhir di bali xbyk aktiviti. pagi2 kami da checkout.. tumpang letak barang di kaunter. naik moto pusing2 kuta beach then pergi ke krisna untuk soping abeskan baki duit yg ada... sblm ke krisna kami singgah mkn di bu tinuk.. satu jalan je nk ke krisna..
painting kt krisna ni murah sgt.. sggp je beli painting tu bw blik hotel nek moto... souvenier kt sini pon murah. die ada jual bundle jgk..abes soping pulang ke hotel untuk berangkt pulang... sekian.....
No comments:
Post a Comment