18 November 2014

Ho Chi Minh - Day 2

hari kedua kene bangun awal.. tour agent ke Mekong Delta akan pick up di hotel jam 7.30 pagi. Tour ni kami booking melalui hotel. perjalanan mengambil masa 3 jam. kematu punggung duduk dlm bas. 2 kali bangun tido pon belum smpai. pemandu di sini sememangnya berhemah. kelajuan hanya 60km/j. kalau di tmpt kita xpayah ckp la mcm mana laju driver bas bawa. 

persinggahan pertama di Mekong Rest Stop. kami diberi masa 20 min untuk makan atau meninjau kawasan sekitar. mmg cantik kawasan ni dijaga. siap ada rest room. tetapi tiada makanan halal.







seterusnya kami singgah di pagoda. di pagoda sekejap jer. pusing2 ambil gmbr then naik bas semula. nasib semua pelancong yg sama bas dgn kami xambil masa yg lama untuk melawat pagoda ni.




akhirnya kami smpai di jeti mekong river jam 12 tgh. sementara agent siapkan bot kami melawat sekitar kawasan. bagi mereka yg berminat membeli t-shirt sulaman tangan disini murah. pastikan anda terus membeli jika ada yg berkenan. kerana jika lawatan anda lambat abis kedai dah ditutup setibanya di jeti nanti.


 Air sungai mekong ni sama jer dengan air sungai klang (ye kot.. hehehe) tp ada disesetengah bahagian bau air sungai busuk yang amat. nk muntah rasanya. terutama di pulau pheonix iaitu hentian pertama kami. disini pelancong akan diterangkan mengenai madu lebah. 



 setelah selesai diberi penerangan kami dihidangkan air madu yang dicampur dengan limau nipis.

 sedap juga la air madu ni. hidangan sampingan keropok pisang. yg tu aku xmakan. selesai mencuba air mereka akan keluarkan produk mereka untuk dijual. selesai minum kami dibenarkan untuk bergambar bersama ular sawa. yg ni pon aku xbuat. boleh termimpi aku kalo cuba letak ular tu di leher.. geli yang amat!!.

kemudian kami di bawa untuk makan tengahari. kalau berhenti di kawasan ni air panas xdisediakan. buat penat jer kami bawa megi cup. nasib baik ada bawa roti sekali untuk isi perot yg lapar. kalau tak memang kebuluran la kami.

 dalam kawasan ni ada kolam buaya. sesiapa yang berminat bole memancing buaya. bayaran dikenakan. selain itu bole sewa basikal untuk pusing2 pulau yg cenonit nih. jalan kaki lg elok dari kayuh basikal tu. heheheh

 di mana-mana sepanjang perjalanan mmg byk buaian tu. bayaran dikenakan kalo nk berehat bawah pokok tu sambil tido.


 kuil kelapa yang ada di pulau. menurut TG kami pulau tersebut diberi nama sempenan penghuni nya yang terpaksa makan kelapa setiap hari.

setelah smpai masa dijanjikan kami berkumpul dan di bawa ke tempat pemprosesan gula kelapa. kami ditunjuk cara2 menghasilkan gula tersebut.



 kemudian kami dibawa menaiki kuda mengelilingi kampung. xlama pon naik kuda ni. dalam 5 min jer dah smpai.

acara terakhir lawatan ni kami menaiki sampan. satu smpan maximum 4 org dewasa sahaja. menurut pendayung jarak perjalanan hanya 2km sahaja. 





kami diturunkan dr sampan untuk berjalan kaki ke perkampungan. di sini kami dihidangkan dengan buah - buahan tempatan sambil didengarkan dendangan lagu dari generasi muda ke tua. dipenghujung mereka akan letak bakul untuk kita berikan tips pada penyanyi2. yang ni aku xdpat ambil gambar. al maklumla semua gmbr aku gunakan kamera telefon jer. time ni pulak telefon buat hal. nasib dah penghujung tour.

selesai melawat kami pulang. smpai di bandar HCM jam 8 mlm. makan malam di restoran serai akibat kebuluran yang melampau. 

 nasi goreng seafood. yang ni sedap. mmg licin aku makan

spring roll goreng

ayam halia

selesai makan kami shoping di pasar malam sehingga penat. balik hotel tido untuk aktiviti hari esok.

....to be continue........

No comments: