17 November 2014

Ho Chi Minh - Day 1

Kali ni nk share trip ke Ho Chi Minh pula. Trip kali ni pergi ber -4. gegurl trip. semua urusan kami uruskan tanpa menggunakan agent. actually aku yg menyibuk nk join trip bila aku tgk tiket ke sana murah. harga tiket yg aku dapat untuk return cuma rm 226 termasuk insurans, spageti utk balik dan lugage 25kg. lugage aku beli kemudian, mlm sebelum balik baru aku manage. and opkos la airasia kan.

pergi dgn flight pertama dr klia mmg kemungkinan flight nk delay tu xde la kan. dpt pula gate paling ujung sekali. mmg exercise di pg hari sambil kawan aku mengomel kepenatan. aku smpai di gate berlepas ground staff dah menjerit gate nk close. punya berlenggang jalan nasib xkene tinggal.


touch down di airport pukul 8 lebih. saje tunjuk gmbr kaki. sbb nyer menyesal pakai kasut ni. nk melecet kaki aku. nasib airport sana xjauh kene berjalan. lepas cop imi sana kami mencari bas untuk ke ho chi minh. keluar dari airport kami terus berjalan ke arah kanan untuk dptkan bas no. 152. bas ni mmg perhentian terakhir dia di depan pasar ben than tu. so xperlu susah2 nk tekan loceng.

 harga tiket cuma 5,000 dong. duit rm dlm 80 sen jer. giler murah kan. perjalanan mengambil masa 40 min. bas dia sama je mcm bas rapid kt kl nun. kalo xbawa beg besar mcm kami harga tiket cuma 3,000 dong sahaja.

 turun dari bas kami menapak ke hotel. xjauh dr ben than market. tapi sebab pertama kali kami ambil jalan jauh. kes salah baca map. padahal dr ben than tu cuma 5 minit jer jalan kaki. kami da maklumkan pada hotel nk check in awal (hotel kawan aku booking thru agoda jer) Kawan aku pilih Ava hotel ni sbb murah dan review semuanya bagus. receptionist yg dlm gmbr tu pon bagus. peramah, dan kalau kita tanya mmg detail dia akan terangkan. yang ni xpandai berckp melayu ye. kalau hotel area malaysian street tu mcm pink saigon boleh berbahasa melayu.



 ni la bilik kami. masa booking bilik family dah abis. so kami booking 2 bilik superior. tapi masa check in kami dimaklumkan bahawa bilik tu xtersedia. makanya mereka upgrade bilik kami ke bilik suite tanpa bayaran tambahan. mmg elok sgt la kan. ddk berempat dlm satu bilik lagi senang. walaupun hotel ni cuma 1 bintang jer tp sgt2 puas hati. siap ada free laundry lg sorg sehelai baju utk sehari.

dah masuk bilik semuanya recharge tenaga aka tido. bgn dr tido masing2 kelaparan. disebabkan semuanya sendiri, kami survey dulu tmpt2 makan yg ada berdekatan hotel. bersebelahan dgn hotel terdpt kedai makan halal iaitu Kg. Pandan. tidak jauh dari hotel dan ben than market ada restoran Serai dan halia. kedua - duanya halal. di malaysian street ada lagi beberapa restoran halal. area situ mmg top utk rakyat malaysia.

restoran pilihan kami Salima. pernah masuk jalan-jalan cari makan TV3. keluar jer dari lif mmg terpampang plug JJCM yg dorg besarkan. harga boleh tahan. mee crispy yg aku mkn tu jer rm15. tapi itu mmg harga makanan halal di sana ye. mmg kami dah bajet awal2 duit untuk makan.

 menu

 spring roll vietnamese. sedap. tapi aku xsuka sos cecah dia tu.

 ni crispy mee seafood. nama betul dia aku lupa. 
tp lebih kurang mcm tu la. hehehe

ni makanan wajib di cuba bila ke vietnam
phao beef. sedap sup dia. 

lepas makan kami masuk ke ben than market. niat asalnya cuma nk tgk2 harga. kedai pertama kami pergi kedai yg menjual beg. harga yang dibuka mmg tinggi. so kita kene bargain 70% pd awalnya untuk dptkan harga yang kita nak. harga beg deuters pd asalnya rm120, bila kami berkeras minta kurang akhirnya dapat rm40. beg ni yg zip YKK ye. kalo zip biasa RM20-30 pon boleh dapat untuk 50 liter. oh ya.. kami shoping sememangnya gunakan duit rm tau. bila harga yg diberi dlm rm di convert ke dong kita akan rugi. sbb tukaran duit rm ke dong di Msia aku dpt 5.6. tapi di sini mereka akan darabkan 6.6. so kita akan rugi. melainkan kalau dah siap tuka duit dong terus bargain ikot harga dong. jgn bg dia letak harga duit rm. baru kita akan tahu harga sebenarnya.


 keadaan dalam ben than market

lepas soping beg dan tinjau2 harga kain (kawan aku dah borong dulu kain) kami balik ke bilik letak barang. plan seterusnya berjalan kaki utk tgk water puppet show. kalau tgk internet waktu persembahan pukul 5.30. makanya kami pon berlenggang kangkung je la ke sana. dah sampai sana pon sibuk bergambar dulu di luar baru nk masuk. rupanya waktu persembahan pukul 5. kami rugi 10 min. terlepas 4 show.
 dari hotel ke sini ambil masa 15 min waktu berjalan kaki.
xsusah nk cari tempat ni.



menarik juga water puppet show ni walaupun xfaham bahasa digunakan. persembahan ambil masa dalam 1jam.

selepas itu kami ke ben than market semula. ben than ttp pukul 6 ptg ye. lepas tu ada pasar malam pula. sementara menunggu pasar malam kami ke kedai basiroh. harga telekung dan baju di kedai ni boleh tahan mahalnya. minta kurang pon sedikit sahaja. gmbr ni kawan aku tengah pilih shawl half moon. harga die rm 25-35.
 
kalau ke sini rugi xmencuba air kopi. mmg kaw giler rasa dia. aku cuba kopi o dan kopi mmg dua2 nya sedap. 

 pasar malam. 
malam pertama ni kami cuma survey harga je dulu.
mmg style sini mereka akan tarik tgn pelanggan atau cuit kita untuk singgah membeli. harga pon dorg akan buka harga yang tinggi pada awalnya. terpulang pada cara kita untuk dapatkan diskaun ye. kt sini skill tawar menawar mmg sgt2 berguna.

sebelum balik bilik singgah di kedai serai utk mkn malam. harga makanan lebih kurang dgn kedai salima.


ni masam manis seafood. yg pelik nye siap letak belimbing besi.
tapi seafood nye sikit. 2 ketul sotong dan sekor udang.
yang lain nyer banyak bendi jer!!

abis makan pulang ke hotel dan book tour utk esk. Tour ke Mekong Delta. harga dia USD11 sorg. ada makanan tapi tak halal. tour ni akan ambil masa seharian.
masuk bilik tido.

.....to be continue.....

No comments: