Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts
Showing posts with label Rehat Minda. Show all posts

11 June 2014

Gurl Trip @ Bali Part I

Kali ni nk kongsikan pengalaman ke Bali..trip ni kami pergi pada bulan 5 yg lepas.. Tiket dibeli masa promo airasia. so dptla rm285 return tiket... kalo iktkan bole dpt lg murah kalo plan2 btl2 masa aa buat promo..utk jimatkan lg ak xamik lugage n insurans.  kami pergi bertiga. sume pompuan. tiba hari dinantikan kami jmpe di airport. sbb kami ber3 berlainan negeri. trip kami selama 5h 4mlm..
 dr klia2.. ujan plak..flight delay 30 min.. mmg ak ni penakot nek flight time ujan. nasib bila da terbang tu xujan. bole tido dgn lena..

 smpai airport tgk punya la rmai umat... byk lak flight tiba sma dgn ktorg.. nk clear dr imigresen dorg je dekat 2 jam.. smpai di airport pak supir da tgu.. terus kami mtk hntr ke kedai mkn.. mmg lapa tahap dewa da.. pak supir ni hindu. tp mmg paham n bawa ke kedai yg halal shj..


 kami mkn tghr di kedai Nasi Pecel Bu Tinuk ni.. xjauh dr airport. mknn bole tahan sedap n harga bg ktorg berpatutan.. ni mknan yg ak amek... minuman ak order air jeruk aka air limau.. mmg air ni je ak order kt bali..

 lps mkn kami ke hotel terus. hotel pilihan Ohana Hotel di Kuta.. booking guna agoda. rupanya xjauh pon dr airport. bilik ni bilik utk family... harga die utk 5h 4 mlm ni cuma RM960. mmg pilih hotel bajet je.. jimat. tp bilik mmg puas hati. depan katil ni ad satu ruang utk sofa... so mmg bsr bilik ni

 bilik air ad tab mndi lg.. 

 shower die.. 

kolam renang.. sblh kolam ni tmpt sarapan.. harga bilik termasuk sarapan pg.. n hotel ad wifi free.. (abaikan kaki ak tu.. ak da jdkan trademark gmbr kaki kalo pergi bercuti)

 lps da cek in n mndi sekejap (pak supir tgu kt lobi) kami di bawa ke pandawa beach ni... supir ckp ni tmpt br... ni view dr ats bukit.. turun ke pntai ad aktiviti berkayak.. nk santai2 bersama fmly mmg best la.. 

layan sunset kt pntai pandawa.. da ptg2 mcm ni pon pnya la rmai umat..

balik dr pantai kami mtk tros ke hotel.. sbb badan mmg da penat sgt.. nk berehat.. bila smpai di kuta jln nk ke hotel macet (jam) yg amat... da stgh jam xbergerak br supir bgtau ada upacara keagamaan.. die bg pilihan nk ktorg tgu or jln kaki ke hotel. sbb da xjauh.. kami pilih jalan kaki n smpt la tgk upacara ni.. lbh kurang mcm upacara hari thaipusam. dorg pon cucuk2 badan guna keris.. tgk dr jauh je sbb takot.. hehehe

 
pak supir maklumkan Bali akan smbt hari raya mengikut kalendar bali.. raya ni dismbt 2 thn sekali. maka pd hari ke 3 kami xkan ad supir.. dorg sume nk beraya.... balik hotel konon nye lps mndi nk keluar mkn.. tp bila da lepak2 jd mls... lgpon msh kenyang mkn lewat tghr... jd nyer sume tros tido je la..

........akan bersambung part II..................


15 June 2011

KEWAJIPAN PESAKIT


n3 ni ak cnp dr email.. sama-samal a kita renungkan..

Sakit ialah perkara biasa yang berlaku kepada manusia dan binatang. Sakit ada yang sembuh dan ada yang tidak. Sakit juga ada yang membawa kepada kematian dan ada yang tidak. Ada ketikanya sakit menyebabkan kita seronok dan ada sakit yang kita tidak suka. Tetapi sakit yang akan saya perkatakan ini ialah sakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.

Selain rawatan dan berubat, apakah perkara yang patut kita lakukan bila kita sakit? Saya mengambil intipati penting dari tulisan Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam bukunya Ahkam Al-Jana’iz wa bida’uha.

1. Hendaklah orang yang sakit itu redha dengan qadha’ Allah, sabar dengan qadar-Nya, berbaik sangka kepada Allah. Sebagaimana Nabi SAW menunjukkan ketakjuban terhadap sikap sebenar orang beriman, yang mana, apabila mereka diberikan kebaikan, mereka bersyukur, manakala apabila mereka diberikan kemudaratan, mereka bersabar.

Juga, Nabi SAW bersabda dengan maksudnya: “Janganlah seseorang kamu mati, melainkan dia berbaik sangka dengan Allah Ta’ala”
- (Riwayat Muslim, Baihaqi dan Ahmad)

2. Hendaklah orang yang sakit itu, mempunyai perasaan takut dan berharap. Takut kepada hukuman Allah di atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan pada masa yang sama berharap kepada rahmat daripada Allah SWT.

Pada suatu ketika Nabi SAW menziarahi seorang anak muda yang hampir kepada kematian. Baginda bertanya: “Bagaimana keadaan kamu?” Anak muda itu menjawab, “Demi Allah, Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku berharap kepada Allah, dan sesungguhnya aku takut kepada dosa-dosaku”. Maka jawab Nabi SAW, “Tidak berhimpun dalam hati seseorang hamba Allah seperti ini, melainkan Allah memberinya apa yang dia harapkan dan memberi keamanan kepadanya daripada apa yang dia takuti”.
- (Dikeluarkan oleh Al-Termizi dengan sanad hasan, Ibnu Majah, Abdullah Bin Ahmad dalam Zawa’id Al-Zuhd dan Ibnu Abi Al-Dunya dalam Al-Targhib)

3. Ketika sakit yang bersangatan, tidak dibenarkan kepada si pesakit untuk meminta mati. Ini berdasarkan hadith Ummu Al-Fadhl, apabila Abbas (bapa saudara Nabi) yang ketika itu sakit, merungut-rungut dan berharap supaya cepat mati.

Maka Nabi SAW bersabda kepada bapa saudaranya yang bermaksud, “Wahai pakcik, Janganlah kamu bercita-cita (minta) untuk (disegerakan) mati. Maka sesungguhnya, jika engkau seorang yang baik, maka mati yang lambat itu akan (memberi peluang untuk kamu) menambahkan kebaikan kamu. Maka itu baik untuk kamu. Manakala jika kamu banyak kejahatan, maka mati yang lambat itu akan melambatkan cercaan (hukuman) di atas kesalahan kamu, dan itu baik untuk kamu (kerana sempat untuk bertaubat). Oleh itu janganlah kamu meminta (dipercepatkan) kematian”.
- (Hadith dikeluarkan oleh Ahmad 6/339, Abu Ya’la 7076, Al-Hakim 1/339, dan Al-Hakim berkata hadith tersebut sahih mengikut syarat Bukhari & Muslim dan ini dipersetujui oleh Al-Zahabi tetapi ianya sahih hanya berdasarkan syarat Bukhari sahaja).

Namun begitu, boleh meminta mati dengan meletakkan syarat bahawa jika mati itu mendatangkan kebaikan kepada kita sebagaimana hadith marfu’ yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: “Ya Allah, hidupkan aku jika kehidupan ini baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian baik untukku”.
- (Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Baihaqi 3/377, Al-Irwa’ 683)

4. Jika terdapat hak-hak orang lain ke atas si pesakit (contohnya hutang, pinjaman dsb) maka hendaklah ditunaikan atau diselesaikan hak-hak tersebut.

Nabi SAW memperingatkan kita sebagaimana berikut: “Sesiapa yang mati sedangkan terdapat hutang ke atasnya (yang belum selesai), maka tiada lagi di sana (alam akhirat) dinar dan dirham tetapi (yang ada) ialah kebaikan dan keburukan”.
- (Hadith ditakhrijkan oleh Al-Hakim 2/27, ianya sahih di sisi Al-Hakim dan dipersetujui oleh Al-Zahabi, manakala Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan dengan dua jalan daripada Ibnu Umar dan Al-Munziri mengatakan ianya hasan).

Imam Al-Tabrani pula meriwayatkan dalam Al-Kabir hadith berikut: “Hutang ada dua jenis. Sesiapa yang mati, dan dia berniat untuk membayar hutang tersebut, maka aku menjadi walinya. Dan sesiapa yang mati, sedangkan dia tidak berniat untuk membayar hutangnya itu, maka hutang itu akan dibayar dengan mengambil pahala kebaikannya. Pada masa itu (akhirat), tiada lagi (pembayaran hutang dengan menggunakan) dinar dan dirham.”

5. Hendaklah pesakit berwasiat kepada kaum kerabatnya yang tidak mewarisi harta pusakanya (kerana bukan waris) sebagaimana Surah Al-Baqarah ayat 180.

6. Apabila berwasiat tentang hartanya, maka hendaklah dia membuat wasiat tidak lebih 1/3 daripada hartanya. Adalah lebih baik (afdhal) jika dia berwasiat kurang daripada 1/3 hartanya. Ini berdalilkan kepada hadith Sa’ad Bin Abi Waqas.

Dalam dalil yang lain juga Nabi SAW menunjukkan bahawa membuat wasiat pada kadar 1/3 harta masih dianggap sebagai banyak. Sebab itu lebih baik jika wasiat dibuat pada kadar yang kurang daripada 1/3 harta yang ada.

7. Wasiat tersebut hendaklah disaksikan dengan dua orang saksi lelaki yang adil dan beragama Islam. Jika tiada yang beragama Islam, dibolehkan menggunakan saksi bukan Islam.

8. Tidak dibenarkan mewasiatkan harta kepada ibubapa dan kaum kerabat yang merupakan waris kepada pesakit. Ini berdasarkan khutbah baginda ketika haji perpisahan yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap yang berhak akan haknya, maka tidak boleh berwasiat kepada waris”.

9. Dilarang memberikan wasiat yang memudaratkan, seperti menghalang hak-hak waris atau memberikan kelebihan kepada seorang waris mengatasi waris lain.

10. Wasiat yang mempunyai elemen kejahatan dan batil adalah tertolak.

11. Kebanyakan manusia pada hari ini, biasanya melakukan perkara bid’ah dalam agama mereka termasuk dalam urusan jenazah. Maka wajib ke atas orang Islam untuk memberikan nasihat dan wasiat supaya urusan penyelenggaraan jenazah sehingga kepada pengkebumian dan lain-lain yang bersangkutan dibuat mengikut sunnah Nabi SAW.

Banyak athar sahabat Nabi yang menunjukkan para sahabat berwasiat dengan wasiat sedemikian. Contohnya, wasiat supaya menyegerakan pengkebumian, tidak membina sebarang binaan atas kubur, jangan ada sesuatu yang memisahkan antara mayat dengan tanah, dan perkara-perkara lain yang telah diajar oleh Nabi SAW.

Imam Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebut bahawa mustahab yang sangat dituntut, agar diberikan wasiat kepada mereka (yang hadir di sisi pesakit) supaya mereka menjauhkan diri dari perkara bid’ah yang telah menjadi adat dalam masyarakat tentang jenazah.

Sekian.

Oleh : Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani

16 August 2010

Aku Suka

ape yang kadang2 berlaku dalam realiti kehidupan....




untuk sahabat yang telah dan akan bergelar sahabat.... sy cayang bangat sama kamu/... mmmuaahhhh!!!

11 August 2010

Selamat Berpuasa

Selamat menyambut bulan pose sume.... jgn curik-curik mkn taw!!!

14 July 2010

Pertandingan Nasyid

Malam tadi telah berlangsung pertandingan nasyid peringkat Kuala Pilah. Saringan selama 2 hari melibatkan 29 kumpulan. 10 kumpulan terbaik akan meneruskan perjuangan ke peringkat Piala Dato' Hasan Malek.

hahahaha.. mcm berita lak kan... yg btl nyer ak xmsk pun pertandingan ni.. tp terjebak disbbkan tmn perumahan mak ak ader hantar penyertaan n melibatkan adik aku yg ala2 tomboy tu masuk skali... mmg ak ngan hb dok gelakkan die coz siap pkai lipstik lg... benda2 yg keperempuanan ni bg ni xbiasa sgt... dlm kete pun da berapa kali die tersenyum sensorg pk mcm mane die leh terjebak lam kumpulan tu... apepun elok ler jugk kan... da ddk kg ni mmg kene join xtvt2 komuniti ni.... br bercampur msyarakat.. tp mmg sayang.. xtvt mcm ni asyk org2 yg da berumur jer join.. org muda mcm ak ni xberminat....



22 June 2010

Anger!!

~Motivasi Diri - Marah halangan terbesar untuk berjaya~
Perlukah kita marah-marah?
Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.
Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.
Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita. Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.
Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.
Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.
Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati anda apabila anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.
Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air. Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.
Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.
Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.
Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.
Bila anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati anda.Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan anda, tak ada siapa yang akan suka membantu anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup anda tak akan kekal bersama dengan anda. Kawan-kawan menyisihkan anda. Ibu dan bapa anda tak berapa ngam dengan anda.
Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.
p/s : wujudnya n3 sbb dr ak nyer sendiri... ak ni mmg kuat mrh.. bab nk naik angin ni benda kecik pun leh jd... semasa n3 ni msk pon ak tgh mrh gak!!!

14 June 2010

Lawak Hari ni...

WASIAT NENEK ANI

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, … .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek dia. Tapi semasa Pak Din membaca yasin, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama. Saudara mara dan anak anak Nenek Ani dengan setia menunggu untuk mendengarnya. Dengan penuh semangat Pak Din pun memulakan bacaan wasiat itu.

“Woi Din, … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

Haaaa....... ..... lu fikirlah sendiri apa yg terjadi.