10 November 2009

"KITA SEMUA SAMA"

Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah Kita semuanya sama
Kata ustaz.....
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama
Kata ustaz lagi
Jangan kita hina Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga
Akhirnya ustaz berpesan, Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH
Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya
Segalanya UjiaN ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH tak PERNAH ambil sesuatu yg kita sayang TANPA menggantikan dengan yg lebih baik....
SAHABAT SEJATI apabila ingin berteman,
jgnlah krn KELEBIHANNYA,
krn mungkin dgn 1 KELEMAHAN,
kau akan MENJAUHINYA...
andai kau ingin BERTEMAN,
jgnlah krn KEBAIKANNYA,
krn dgn 1 KEBURUKAN,
kau akan MEMBENCINYA...
andai kau ingin berteman,
jgnlah krn ILMUNYA,
krn apabil dia BUNTU,
kau akan MEMFITNAHNYA....
andai kau ingin berteman jgnlah krn sifat CERIANYA,
krn andai dia MURAM,
mungkin kau akn MENJAUHINYA...
Andai kau ingin berteman.....
TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU....

2 comments:

ieja said...

macam mana life sekarang???hehee..

tu yang xsama dah..

aLoY said...

so far ok lagi.. hehehe..