amek gmbr pon xlawa kan... kene asah lagi skill ni... nti leh upgrade kamera lak.. (berangan lebih).. resepi pon ak cnp jer dr kak ros.. maklum ler bulan pose kan.. mls nk menaip.. nk cpt g lawat blog yg idang mcm2 menu menarik...
resepi nye cmni..
Bahan-bahanya - sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus)
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air
Cara-caranya
1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.
2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.
3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba n time kaseh daun keladi kak ros...
No comments:
Post a Comment