23 December 2010

Roti Kentang

wuahahaha(gelak jahat).. akhirnya berjaya jugak ak membuat roti nih. hasil berhempas pulas kt dapur menguli tepong. smpai nk jem tgn ak ni (da lame x menjalankan xtvt regangan ni). mmg puas ati btol. da lme mencube akhirnya berjaya!!!

disini ak nk ucapkan ribuan terima kasih kepada kak hana atas nasihat dan petua2 dlm menghadapi adunan lembik nih(coz resepi ni mmg adunan die lembik pon). xlupa juga kepada tuan empunya resepi. kerana xde resepi beliau makan tidak terhasil lah roti ni. (huh skema abes ayat ak). ni kes bangga x henggat. len kali ak bole cube lagi wat roti.




Resepi Bun Kentang
Sumber : Kak Ros @ Jintanmanis

Bahan-bahannya ( ros@jintanmanis.com )

350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.

2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)

4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

tp kan. xtaw la cne ak leh lupe nk glis baki telur ats roti tuh. tuh yg roti ni xberkilat cam roti kak ros. n sos kastard tuh nmpk x jalur die bsr. huhuhu. ak wat sendiri piping bag. pastu slh potong. besar la jadik nyer. xkesahla. janji rase die sedapkan.

No comments: