04 January 2011

Pizza

Pizza!!!.. teringin lak nk mkn piza.. sbb nye sblm ni penah buat adunan roti ni menjadi. simple nk sedap kt tekak ak. resepi asal dr mat gebu. tp ak amek dr blog kak hana.. mmg xrugi mencube resepi ni. juz gunekan tepung gandum. xyah ssh nk cr tepong roti. pas tu letak bread improver. lembut jd nye roti tuh.

topping juz gne tuna lam tin..

huhu.. feberet ak cheese tuh..

ni gatal2 letak bawang..

Resepi Roti Pizza..
by : Mat Gebu
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan

  • 300 g tepung gandum
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
Cara-cara
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no 1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
p/s : sila abaikan rupa piza ak yg senget benget tu yer..

No comments: